Pewangi Kereta & Kediaman KUFI

“Harum, Segar, Berbeza”






Kami di Asia Orkid Marketing adalah pelopor wangian Kereta dan Kediaman berkonsepkan KUFI di Malaysia. Keindahan tulisan Kufi amat menarik minat kami. 

Namun, keutamaan kami masih lagi kepada wangian yang kami pilih berdasarkan kajian yang mendalam menggunakan responden-responden yang amat teliti dalam memilih pewangi untuk kereta dan kediaman mereka.



Kami di Asia Orkid berbeza dengan lain-lain pengeluar Pewangi Kereta & Kediaman tempatan, dimana kami menjalankan proses R&D (penyelidikan & pembangunan) agar wangian yang kami keluarkan BERBEZA.
 

Kami menggunakan sekurang-kurangnya 70% pati wangian ASLI yang diadun berdasarkan formula khusus untuk mendapatkan bau yang unik dan tersendiri. Pati ini diimport dari England dimana kualiti dan standard wangian menepati citarasa ramai.




Selepas pemilihan yang lama dan ketat, berdasarkan keputusan responden tersebut, kami memilih 4 jenis wangian yang menepati citarasa dan kesesuaian imej kami yang mahukan bauan yang Harum, Segar dan Berbeza.



Ciri-ciri bauan yang dipilih ialah:-

  •  Harum. 
  •  Segar. 
  •  Tahan Lama. 
  •  Tidak memeningkan kepala. 
  •  Menyerap Bau Hapak.


Maka terhasillah Pewangi Kereta & Kediaman Kufi dengan 4 jenis wangian yang berbeza dan warna yang menarik:-

  1. Harmoni (Biru) – Kombinasi wangian Campuran Buah dan  Bungaan. 
  2. Tropika (Hijau) – Kombinasi Buah. 
  3. Ceria (Merah) – Kombinasi Bungaan. 
  4. Tropika (Kuning) – Kombinasi Buahan.


Harapan kami, agar pelanggan kami menyukai dan berpuas hati kualiti produk kami yang walaupun dihasilkan di rumah, tetapi masih mampu menyaingi produk keluaran antarabangsa.


 

No comments:

Post a Comment